Monday, April 9, 2012

wedding story 18 - Bilik Pengantin

Kali ni nak aku nak cerite kisah bilik pengantin. Aku memang nak suh abg nash decorate bilik pengantin sebab aku sangat berpuas ati mase die decorate bilik mase kami bertunang. Tema bilik kali ni mestilah ade unsur-unsur arabian sikit.. muehehehe..

ni selepas bilik aku dicat.. nak keler pepel sebab kaler ni org kate boleh buat kite tdo lena.. errkk? yer ker?? mase ni langsir kt sliding door pon xde lg..

aku memang nak amik set katil kaler putih. konon konon nak matching la dgn cat kat dinding tu kan. cube perhatikan kedudukan katil gambar ni dengan gambar di bawah? berbeda kan?

nak tau? sebab kalo nk letak benda benda perhiasan kt belakang katil tu mcm gmbr kt atas sblm ni, dah tentu xmuat dan nanti akan menyebabkan pintu bilik xboleh ditutup dan sempit sikit kt pintu masuk. so, abg nash alihkan katil ke pintu sliding seperti gmbr diatas.

HASILNYER!!! aku sangattttt sangattttt suke decoration bilik pengantin aku nih...

1 comment:

eRa said...

kenangan terindah dalam hidup.....