Tuesday, January 5, 2010

tips bergune

salam... petang ni rase ngantuk pulak... nk update blog, xde story best lak. tp, saye nak kongsi petua untuk kawan-kawanku semua.. saya jarang sekali nak amalkan petua-petua ni... kalo nak amalkan pn, just letak bedak sejuk jer sebelum tido pas tu kering sampai pagi esok nyer.. ok, sekarang untuk tatapan u ols!!


Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal .


Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi. (petua ni memang saye sentiase amalkan)


Badan Ringan Dan Bertenaga
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
(tapi, kalo nak cepat sgt bertenaga.. minum 100+ n revive jer terus.. heheheh)

No comments: